Monday, August 2, 2021

Pantang Untuk Resdung - Hindari 3 Perkara Ini

Bagi yang menghidap resdung, ada perkara yang korang tak patut buat. Jika langgar pantang untuk resdung ini, awas simptom resdung boleh jadi semakin teruk.

pantang untuk resdung


Jom semak.


Beberapa pantang untuk resdung,


1) Makan makanan yang menyebabkan alahan sinus.


Setiap orang, alahan sinus meraka tidak sama. Tapi menurut Pakar Perunding Otorinolaringologi HUSM, Prof Madya Dr Rosdan Salim, seramai 95 orang pesakit yang menghidap resdung dan mendapatkan rawatan di HUSM, alah kepada makanan laut.


Jadi lepas ini, anda boleh perhatikan anda alah kepada makanan apa. 


Jika selepas makan, hidung mula berair, rasa gatal-gatal hidung dan muka - awas, hindari makanan tersebut!


2) Elak Persekitaran Berhabuk


Udara yang kotor pun menjadikan simptom resdung makin teruk. Bila udara kotor, mulalah orang yang ada resdung ni akan bersin, hidung berair dan sebagainya.


Jadi, kena elakkan. 


Pantang untuk resdung bila selalu terdedah dengan habuk dan udara tercemar. Simptom bileh berlarutan nanti.


Oleh itu, kalau nak lakukan kerja-kerja membersih pakailah penutup hidung okey.


3) Haiwan Peliharaan Berbulu Halus


Sudah nama pun haiwan peliharaan, tentulah ia ada di dalam rumah atau sekitar kita. Tapi untuk penghidap resdung, tak bagus tau.

pantang untuk resdung


Bulu haiwan macam kucing boleh galakkan lagi alahan hidung korang tu.


Pantang untuk resdung kalau ada bulu haiwan bersepah dalam rumah. Tindakan paling baik mungkin ialah jangan bela haiwan peliharaan tersebut. Tapi kalau rasa mahu bela juga, pastikan selalu bersihkan rumah dari bulu dan habuk. Gunakan vakum. Boleh juga pasang pembersih udara dalam rumah.


Korang ada resdung? Ingat 3 pantang untuk resdung yang saya kongsikan ini ya!


Semoga dapat sesuatu dari perkongsian saya kali ini 🤗


Baca Lagi: Petua Hilangkan Resdung Yang Ringkas Tapi Berkesan

Pantang Untuk Resdung - Hindari 3 Perkara Ini

Bagi yang menghidap resdung, ada perkara yang korang tak patut buat. Jika langgar pantang untuk resdung ini, awas simptom resdung boleh jadi...