Monday, August 2, 2021

Pantang Untuk Resdung - Hindari 3 Perkara Ini

Bagi yang menghidap resdung, ada perkara yang korang tak patut buat. Jika langgar pantang untuk resdung ini, awas simptom resdung boleh jadi semakin teruk.

pantang untuk resdung


Jom semak.


Beberapa pantang untuk resdung,


1) Makan makanan yang menyebabkan alahan sinus.


Setiap orang, alahan sinus meraka tidak sama. Tapi menurut Pakar Perunding Otorinolaringologi HUSM, Prof Madya Dr Rosdan Salim, seramai 95 orang pesakit yang menghidap resdung dan mendapatkan rawatan di HUSM, alah kepada makanan laut.


Jadi lepas ini, anda boleh perhatikan anda alah kepada makanan apa. 


Jika selepas makan, hidung mula berair, rasa gatal-gatal hidung dan muka - awas, hindari makanan tersebut!


2) Elak Persekitaran Berhabuk


Udara yang kotor pun menjadikan simptom resdung makin teruk. Bila udara kotor, mulalah orang yang ada resdung ni akan bersin, hidung berair dan sebagainya.


Jadi, kena elakkan. 


Pantang untuk resdung bila selalu terdedah dengan habuk dan udara tercemar. Simptom bileh berlarutan nanti.


Oleh itu, kalau nak lakukan kerja-kerja membersih pakailah penutup hidung okey.


3) Haiwan Peliharaan Berbulu Halus


Sudah nama pun haiwan peliharaan, tentulah ia ada di dalam rumah atau sekitar kita. Tapi untuk penghidap resdung, tak bagus tau.

pantang untuk resdung


Bulu haiwan macam kucing boleh galakkan lagi alahan hidung korang tu.


Pantang untuk resdung kalau ada bulu haiwan bersepah dalam rumah. Tindakan paling baik mungkin ialah jangan bela haiwan peliharaan tersebut. Tapi kalau rasa mahu bela juga, pastikan selalu bersihkan rumah dari bulu dan habuk. Gunakan vakum. Boleh juga pasang pembersih udara dalam rumah.


Korang ada resdung? Ingat 3 pantang untuk resdung yang saya kongsikan ini ya!


Semoga dapat sesuatu dari perkongsian saya kali ini 🤗


Baca Lagi: Petua Hilangkan Resdung Yang Ringkas Tapi Berkesan

Wednesday, July 28, 2021

Awas, apa kesan resdung yang teruk?

Biasa tak waktu kecil-kecil dulu kalau suka sangat meratah belacan, mak-mak kita mesti akan kata, "Ha jangan makan banyak, rongak hidung nanti.." hihi.. 


Pesan beserta ugutan ni rasanya untuk elakkan resdung makin parah. Iyalah, belacan kan salah satu punca? Tapi betul ke kesan resdung yang teruk boleh buat sampai rongak hidung, eperti yang dimomokkan orang-orang tua kita dahulu kala?


kesan resdung yang teruk


Isyy.. memang seram juga hidung rongak ni.


Hai penghidap resdung, jom saya bongkarkan kesan resdung yang teruk dalam artikel kali ini.


Dipetik daripada hellodoktor, simptom resdung yang biasa ialah selesema, bersin, gatal mata dan hidung, serta hidung berair. Tambahan pula, resdung adalah penyakit lazim yang dialami oleh kebanyakan orang. Tak banyak, mesti ada sedikit alahan hidung (resdung) pada seseorang. 


Walaupun begitu, andai resdung dibiarkan lama-kelamaan tanpa rawatan, ia boleh beri kesan buruk!


Antara kesan resdung yang teruk ialah,


✅ Hidung kerap tersumbat dan tidak dapat menghidu dengan baik 

✅ Sakit tekak dan batuk

✅ Lingkaran hitam bawah mata 

✅ Mata yang sembap

✅ Rasa letih

✅ Emosi cepat marah

✅ Berat dan pening kepala


Semua senarai kesan ni sebenarnya memang teruk jika dihadapi oleh seseorang. 


Bayangkanlah,rutin harian mesti akan terganggu bila kerap pening, batuk dan hidung tersumbat 24 jam kan? Sudah pula tu, penampilan wajah pun nampak letih, mata sembap dan ada lingkaran gelap bawah mata. Sifat pemarah pun boleh terbentuk. Iyalah, stres!

Kesan resdung yang teruk


Kesan resdung yang teruk sebegini memang boleh berlaku andai penghidap resdung tak buat apa-apa untuk selesaikan masalah resdung mereka. 


Jadi, apa yang boleh dibuat untuk elakkan kesan resdung yang teruk ni?


Ini antara penyelesaiannya.


1. Jumpa doktor dan dapatkan rawatan.

2. Elakkan kerap terdedah kepada alergen (punca alahan hidung) seperti habuk, bulu haiwan peliharaan dan makan makanan tertentu

3. Bantu kuatkan sistem sinus secara dalaman. Boleh ambil set vitamin untuk resdung.

4. Pastikan rumah dan tempat dalam keadaan bersih daripada sebarang debu dan hama.


Sebagai kesimpulan, penghidap resdung tak usahlah gusar. Menurut hellodoktor, simptom-simptom resdung seperti alergi rhinitis memang boleh dirawat. Namun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk pastikan simptom resdung dalam keadaan terkawal dan tidak memburuk. Lakukan 4 penyelesaian yang saya kongsikan di atas. Semoga berjaya, oleh itu kesan resdung yang teruk dapat dielakkan 🤗

Saturday, July 17, 2021

3 Cara Hilangkan Resdung Mengikut Nasihat Doktor!

Resdung ialah masalah alahan hidung dan rongga sinus yang sangat lazim berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Ia memang sesuatu yang tidak selesa. Oleh itu, pastinya ramai yang mencari cara hilangkan resdung yang terbaik.

Untuk lebih jelas, resdung dimaksudkan dengan reaksi alahan dan keradangan yang berlaku sehingga memberi kesan kepada hidung. Orang yang mengalami resdung akan mengalami simptom-simptom seperti bersin, gatal hidung dan mata, hidung tersumbat, mata berair, nafas berbau dan jerawat. Pentingnya untuk hilangkan resdung smeestinya untuk menikmati hidup yang lebih selesa.

Ada pelbagai petua dan cara. Sudah cuba bermacam rawatan dan petua tradision tapi tak berkesan? Jadi, marilah kita ambil tahu cara hilangkan resdung mengikut pandangan doktor pula.

3 Cara Hilangkan Resdung

1. Hindari alergen

Ini memang penting! Cara hilangkan resdung yang pertama ialah mesti hindari alergen semaksimum yang boleh.

Alergen adalah panggilan untuk apa-apa punca yang boleh menyebabkan reaksi alahan. Contoh alergen ialah seperti habuk, debunga, bulu kucing, persekitaran yang kotor dan makanan laut tertentu.

Orang yang menghidapi resdung mengalami hidung yang sangat sensitif. Jadi langkah pertama semestinya adalah untuk mengelakkan alergen. Bersihkan persekitaran seperti cadar, bantal dan karpet di rumah. Elakkan juga membela kucing dan haiwan peliharaan lain di dalam rumah. Kenalpasti makanan yang perlu dielakkan. 

2. Ubat-ubatan

Cara hilangkan resdung seterusnya ialah dengan mendapatkan rawatan doktor. Doktor biasanya akan memberikan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan tahap keseriusan masalah resdung seseorang. Antara jenis ubat yang diberi,

Anti-histamin - untuk menghalang histamin, sejenis protein yang terhasil semasa alahan

Ubat hidung tersumbat - membantu menghilangkan sebarang halangan dan memberi keselesaan pada rongga hidung 

Semburan hidung kortikosteroid - ia digunakan untuk mengurangkan simptom penyakit resdung.

Leukotriene blockers - menghalang badan dari menghasilkan leukotriene bagi mengurangkan simptom resdung

Dapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang betul daripada doktor yang bertauliah ya :-)

3. Suntikan Immunoterapi

Ada juga penghidap resdung yang sukar mengelakkan persekitaran dengan alergen seperti habuk kan? Ini biasanya berlaku dalam suasana pekerjaan. Sudah tu, macam mana cara terbaik yang boleh dilakukan?

Ada suatu cara yang dipanggil suntikan immunoterapi.

Jika anda tidak boleh mengelakkan alergen yang menyebabkan alahan resdung menjadi semakin serius dan tak terkawal, doktor mungkin mencadangkan suntikan immunoterapi.

Caranya, beberapa suntikan yang mengandungi alergen akan diberikan. Badan akan bertindakbalas untuk menghasilkan imuniti terhadap alergen itu. Dos suntikan alergen akan ditingkatkan sehinggalah imun badan mampu bertahan dengan alergen itu.

Kesimpulan

Bagi pembaca yang ada resdung, anda dapat sesuatu daripada artikel kali ini? Semoga 3 cara hilangkan resdung ini membantu anda menyelesaikan resdung yang anda alami selama ini. Teruskan berikhtiar untuk bebas resdung tidak lama lagi, in shaa Allah!

Sumber: hellodoktor.com


Baca Lagi: Resdung Teruk? Kuatkan Imun Badan Dengan Vitamin C


Sunday, July 11, 2021

Petua Hilangkan Resdung Yang Ringkas Tapi Berkesan!

Resdung, sangat tak selesa! 

Kerap bersin, gatal hidung dan mata, hidung tersumbat, selalu selesema dan wajah pula selalu tumbuh jerawat. Sudahlah tu, kena berpantang makan pula. Isyy mestilah tak suka kan?

Biar saya kongsikan satu petua hilangkan resdung yang simple je!

Percaya tak, dengan hanya amalkan satu tablet setiap hari, resdung boleh hilang?

Haa..

Memang boleh berlaku. Percayalah!

Baca apa kata mereka,


Puan Salini nie mengaku yang resdung nya dah hilang! Best kan? Bukan itu saja, rupanya kulit pun makin sihat berseri dan kurang berkedut 😍

Ini pula cerita Puan Nurul Hidayah,


Biasanya pagi-pagi memang kerap bersin. Tapi sejak amalkan satu tablet setiap hari, Alhamdulillah beliau kata resdungnya dah semakin hilang. Tambahan, demam pun tak menjengah selama 2 tahun ini.

Bestnya!

Bayangkan ya, kerap bersin pagi, gatal hidung semua pun semakin hilang. Cuma amalkan sebiji tablet setiap hari. Berbaloi sangat 😁

Ada kisah lain lagi. Nah, baca di bawah ni.



Maklumbalas Puan Azliza di atas ni cukup menarik.

Ada orang yang menghidapi resdung tapi tiada masalah jerawat. Berbeza dengan beliau yang mengalami simptom resdung beserta jerawat! Oh no! Boleh turunkan keyakinan diri macam tu 😢

Tapi, syukurlah! Lepas amalkan satu tablet setiap hari, resdung beliau semakin pulih nampaknya. Jerawat pun makin reda.. Lihatlah tu, wajah beliau yang semakin 'bersih', cerah dan berseri.

Ha seronoknya!

Best tak petua hilangkan resdung ni?

Ya, percayalah. Semua mereka hanya amalkan satu tablet setiap hari untuk hilangkan masalah resdung masing-masing. Memang satu petua hilangkan resdung yang ringkas saja. Tapi, berkesan 😍😍 

Pembaca pula macam mana?

Nak tak hilangkan resdung dengan petua mudah ni? Marilah!

Tablet yang diamalkan tersebut namanya ialah Sustained Release Vita C Plus. Ia adalah tablet vitamin C daripada jenama Shaklee. 

Suplemen vitamin C memang banyak di luar sana, tapi menariknya hanya jenama ini yang sangat berkesan membantu hilangkan masalah resdung. Jadi, jangan tersalah beli ya.

Dapatkan hanya tablet Sustained Release Vita C Plus ini 🤗

Hubungi saya di WhatsApp untuk belian atau pertanyaan.

Semoga artikel saya ini dapat membantu pembaca yang mengalami masalah resdung ya. 

Jangan berhenti berusaha untuk pulihkan masalah readung tu! Kalau dah cuba macam-macam petua tapi tak jalan juga, beli je sebotol Sustained Release Vita C Plus ini, in shaa Allah dapat membantu!


Baca Lagi: Fungsi dan Manfaat Vitamin C Shaklee

Friday, July 9, 2021

Fungsi dan Manfaat Vitamin C Shaklee

Vitamin C mempunyai fungsi tersendiri. Ia adalah antara vitamin yang diperlukan dalam gizi seseorang. Orang yang tidak mendapat vitamin C yang mencukupi akan mudah terkena demam dan selesema. Oleh itu, suplemen vitamin C amat penting diamalkan sekiranya seseorang itu tidak mendapat cukup Vitamin C daripada pemakanannya sehari-hari.

Oleh itu, mari saya kenalkan dengan suplemen Vitamin C Shaklee.



Vitamin C Shaklee memang istimewa. Ia ada teknologi "sustained release" pada salutan kapsulnya, iaitu pelepasan berperingkat. Ini bermakna hanya 100 mg Vitamin C akan diserap dalam darah dalam tempoh 1 jam. Dengan kuantiti 500 mg per tablet, bermakna penyerapan 100 mg Vitamin C akan mengambil masa 5 jam di dalam darah kita. Menarik kan? Vitamin C akan  diserap secara optimum dan tidal terbazir begitu saja.



Fungsi dan manfaat mengamalkan Vitamin C Shaklee ialah,

🌸 Membantu meningkatkan imun badan

🌸 Mengurangkan risiko diserang demam, selesema dan batuk

🌸 Membantu menguatkan gusi

🌸 Membantu mengurangkan jerawat dan sunburn

🌸 Membantu mengurangkan kedutan

🌸 Membantu menyembuhkan luka 

🌸 Mengurangkan masalah resdung

🌸 Membantu mengurangkan rasa mual untuk ibu hamil

🌸 Mengurangkan kadar asid urik untuk pesakit gout

🌸 Menguatkan tulang dan dan gigi


Wah, banyak kan manfaatnya!

Rugi ke kalau amalkan Vitamin C Shaklee ni? Pastilah tak rugi ☺️

Sebotol Vitamin C Shaklee ni, harganya pun murah saja - RM97.50 (tak termasuk pos).

Sebotol pula tahannya sehingga 6 bulan. Ada 180 tablet untuk dimakan selama 180 hari. Lama kan?

Jadi  bila dicongak-congak, kos sebulan hanya RM16.25 sahaja untuk mengamalkan Vitamin C Shaklee. Kemudian, dapat pula sejumlah manfaat yang saya kongsikan di atas tadi. Oh berbaloi kan 😍😍


Vitamin C Shaklee juga ada cop KKM. Disahkan Halal oleh ISA, iaitu jabatan agama Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Kandungan Vitamin C pula diekstrak daripada sumber semulajadi iaitu daripada jagung. Terdapat sedikit ekstrak daripada kulit limau juga. Jadi, memakan Vitamin C Shaklee sama sahaja seperti makan buah dan sayuran, cumanya ia dalam bentuk yang lebih mudah - tablet.

Nak amalkan Vitamin C yang penuh manfaat dan kebaikan ni? Hubungi saya untuk belian ya 🤗 Whatsapp ke nombor 01136198300, saya sedia membantu.

Sebelum berakhir, saya tinggalkan anda dengan video berdurasi pendek ini. Ia tentang kehebatan vitamin C sebagai antioksidan.

Epal yang direndam dalam Vitamin C Shaklee ternyata lambat rosak berbanding yang biasa. How powerful the vitamin C effects! 

Saksikan sendiri ya 🤗



Pantang Untuk Resdung - Hindari 3 Perkara Ini

Bagi yang menghidap resdung, ada perkara yang korang tak patut buat. Jika langgar pantang untuk resdung ini, awas simptom resdung boleh jadi...