Saturday, July 17, 2021

3 Cara Hilangkan Resdung Mengikut Nasihat Doktor!

Resdung ialah masalah alahan hidung dan rongga sinus yang sangat lazim berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Ia memang sesuatu yang tidak selesa. Oleh itu, pastinya ramai yang mencari cara hilangkan resdung yang terbaik.

Untuk lebih jelas, resdung dimaksudkan dengan reaksi alahan dan keradangan yang berlaku sehingga memberi kesan kepada hidung. Orang yang mengalami resdung akan mengalami simptom-simptom seperti bersin, gatal hidung dan mata, hidung tersumbat, mata berair, nafas berbau dan jerawat. Pentingnya untuk hilangkan resdung smeestinya untuk menikmati hidup yang lebih selesa.

Ada pelbagai petua dan cara. Sudah cuba bermacam rawatan dan petua tradision tapi tak berkesan? Jadi, marilah kita ambil tahu cara hilangkan resdung mengikut pandangan doktor pula.

3 Cara Hilangkan Resdung

1. Hindari alergen

Ini memang penting! Cara hilangkan resdung yang pertama ialah mesti hindari alergen semaksimum yang boleh.

Alergen adalah panggilan untuk apa-apa punca yang boleh menyebabkan reaksi alahan. Contoh alergen ialah seperti habuk, debunga, bulu kucing, persekitaran yang kotor dan makanan laut tertentu.

Orang yang menghidapi resdung mengalami hidung yang sangat sensitif. Jadi langkah pertama semestinya adalah untuk mengelakkan alergen. Bersihkan persekitaran seperti cadar, bantal dan karpet di rumah. Elakkan juga membela kucing dan haiwan peliharaan lain di dalam rumah. Kenalpasti makanan yang perlu dielakkan. 

2. Ubat-ubatan

Cara hilangkan resdung seterusnya ialah dengan mendapatkan rawatan doktor. Doktor biasanya akan memberikan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan tahap keseriusan masalah resdung seseorang. Antara jenis ubat yang diberi,

Anti-histamin - untuk menghalang histamin, sejenis protein yang terhasil semasa alahan

Ubat hidung tersumbat - membantu menghilangkan sebarang halangan dan memberi keselesaan pada rongga hidung 

Semburan hidung kortikosteroid - ia digunakan untuk mengurangkan simptom penyakit resdung.

Leukotriene blockers - menghalang badan dari menghasilkan leukotriene bagi mengurangkan simptom resdung

Dapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang betul daripada doktor yang bertauliah ya :-)

3. Suntikan Immunoterapi

Ada juga penghidap resdung yang sukar mengelakkan persekitaran dengan alergen seperti habuk kan? Ini biasanya berlaku dalam suasana pekerjaan. Sudah tu, macam mana cara terbaik yang boleh dilakukan?

Ada suatu cara yang dipanggil suntikan immunoterapi.

Jika anda tidak boleh mengelakkan alergen yang menyebabkan alahan resdung menjadi semakin serius dan tak terkawal, doktor mungkin mencadangkan suntikan immunoterapi.

Caranya, beberapa suntikan yang mengandungi alergen akan diberikan. Badan akan bertindakbalas untuk menghasilkan imuniti terhadap alergen itu. Dos suntikan alergen akan ditingkatkan sehinggalah imun badan mampu bertahan dengan alergen itu.

Kesimpulan

Bagi pembaca yang ada resdung, anda dapat sesuatu daripada artikel kali ini? Semoga 3 cara hilangkan resdung ini membantu anda menyelesaikan resdung yang anda alami selama ini. Teruskan berikhtiar untuk bebas resdung tidak lama lagi, in shaa Allah!

Sumber: hellodoktor.com


Baca Lagi: Resdung Teruk? Kuatkan Imun Badan Dengan Vitamin C


No comments:

Post a Comment

Pantang Untuk Resdung - Hindari 3 Perkara Ini

Bagi yang menghidap resdung, ada perkara yang korang tak patut buat. Jika langgar pantang untuk resdung ini, awas simptom resdung boleh jadi...